

MISI
Menjadikan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Guar Perahu sebagai gudang ilmu bagi melahirkan tenaga pendidik dan anak-anak didik yang mencintai ilmu, kreatif, inovatif dan dinamik.
VISI
Menyemai, memupuk dan membentuk warga sekolah yang berbudaya ilmu, celik IT, berdaya saing dan berfikiran jauh seiring dengan dunia tanpa sempadan kini.

PIAGAM PELANGGAN
-
Menyediakan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
-
Menyediakan kemudahan pinjaman bahan dan peralatan.
-
Memastikan pelanggan mendapat tempat duduk yang mencukupi dan selesa.
-
Memastikan koleksi bahan adalah mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak pelanggan.
-
Sediakan mendengar pandangan dan kritikan yang membina bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.
MATLAMAT
-
Meningkatkan mutu pendidikan sekolah.
-
Membantu meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru supaya lebih berilmu, dinamik, kreatif dan inovatif.
-
Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamik, kreatif dan berdisiplin serta mengamalkan pembelajaran sepanjang masa.

OBJEKTIF
-
Menyediakan bahan buku dan bukan buku bagi membantu guru-guru dan murid-murid untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
-
Menyediakan bahan-bahan yang sesuai bagi memupuk minat membaca dan belajar sendiri di kalangan murid.
-
Membantu guru dan murid melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
-
Mewujudkan satu iklim atau suasana yang dapat menggalakkan perubahan sikap di kalangan guru dan murid. Kaedah pembelajaran yang pelbagai dan berpusatkan murid.
-
Memajukan kemahiran penyelidikan, penyiasatan dan pencarian maklumat.
-
Mengembangkan keyakinan diri murid.
-
Menggalakkan belajar sendiri, membaca dan menyiasat melalui sumber.
FUNGSI PSS
-
Mengumpul atau memperoleh bahan koleksi pelbagai jenis dan bentuk yang sesuai bagi pembelajaran. Ia diperolehi secara percuma, dibeli atau dibekalkan oleh pihak tertentu.
-
Menghasil dan mengeluarkan bahan pembelajaran sendiri, sama ada secara individu ataupun berkumpulan. Bahan-bahan yang dihasilkan dibeli ataupun barangan terpakai.
-
Mengorganisasi atau menyusun bahan-bahan secara sistematik.
-
Mengedar dan menyebarkan maklumat berkenaan bahan yang terdapat di PSS supaya dapat digunakan dan murid secara optima.