top of page
Beautiful%2520bookshelves%2520I%2520foun
Image by Jack B

PERATURAN PENGGUNAAN PSS

  • PERATURAN UMUM

 

 

  • Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.

 

  • Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.

 

  • Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.

 

  • Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.

 

  •  Kebersihan dan kekemasan perpustakaan adalah tanggungjawab bersama.

 

  •  Semua pelajar hendaklah sentiasa berdisiplin ketika berada di perpustakaan.

 

  • Para pelajar dilarang membuang sampah di mana jua tempat, sila gunakan bakul    

             sampah yang disediakan.

 

  • Tindakan akan dikenakan kepada mana-mana pelajar yang melakukan sebarang kerosakan yang disengajakan dengan cara membayar ganti rugi.

 

 

  • PERATURAN SEBELUM MASUK

​​

  • Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.

 

  • Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam perpustakaan.

 

  • Dilarang membawa beg sekolah dan peralatan yang tajam.

 

  •  Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.

 

 

  •  Pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P), pelajar tidak dibenarkan masuk

            tanpa kehadiran guru.

 

  •  Berbaris sebelum masuk dan keluar perpustakaan.

 

 

  • PERATURAN SEMASA BERADA DI PERPUSTAKAAN

 

  • Dilarang makan dan minum.

 

  •  Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.

 

  • Pelajar dilarang membuat bising.

 

  • Dilarang merosakkan buku, majalah dan peralatan perpustakaan.

 

  •  Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.

 

  • Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat asal..

 

 

  • Dilarang mengambil / mengeluarkan buku dan majalah tanpa kebenaran.

 

  •  Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.

 

  •  Pelajar yang didapati mencuri dan merosakkan buku akan diambil tindakan disiplin.

 

  • Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.

 

 

 

  • PERATURAN TEMPAHAN DAN PENGGUNAAN UNTUK PEMBELAJARAN DI PERPUSTAKAAN, BILIK MEDIA DAN BILIK SAL

 

  •  Tempahan hanya dibenarkan dilakukan oleh guru sahaja dengan mengisi rekod tempahan dalam fail rekod penggunaan.

 

  • Hanya kelas yang diiringi oleh guru sahaja dibenarkan masuk ke bilik berkenaan. Guru perlu memastikan pelajar-pelajar terkawal dalam bilik berkenaan.

 

  •  Guru perlu mengisi buku rekod penggunaan dalam bilik berkenaan. Guru perlu pastikan semua suis lampu, penghawa dingin dan semua peralatan elektrik yang lain telah ditutup sebelum keluar.

 

  •  Guru perlu memastikan bilik sentiasa berkeadaan bersih dan teratur sewaktu meniggalkannya. White board yang digunakan untuk P&P hendaklah dibersihkan sebelum keluar.

© 2019 by Pusat Sumber SK. Guar Perahu. Proudly created with Wix.com

bottom of page